KESAN kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian ketika ini, boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat mula merancang serta memikirkan cara berjimat cermat melalui perbelanjaan berhemah.
Amalan berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan ketika berlaku kenaikan harga minyak atau barang saja, tetapi seharusnya diamalkan sepanjang masa dalam kehidupan seharian.
Islam menganjurkan umatnya supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan. Ia menjadi asas kesejahteraan hidup dan kekukuhan ekonomi negara. Oleh itu, Islam mengharapkan setiap penganutnya supaya berjimat cermat dalam segala bidang kehidupan dan keadaan.
Islam sama sekali melarang umatnya membazir kerana ia adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Sesungguhnya syaitan amat suka kepada orang yang boros dan membazir.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah (daripada kalangan) saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya (Allah)." (Surah al-Israk, ayat 27)
Sayyid al-Qutb dalam Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas mentafsirkan pembaziran itu dengan berbelanja pada tempat tidak wajar atau secara yang tidak diharuskan oleh Allah.
Ia bermakna walaupun sedikit harta dibelanjakan, jika bukan pada tempatnya yang wajar, maka ia tetap dikira sebagai membazir. Sebenarnya, banyak atau sedikit itu bukan menjadi ukuran kepada perkiraan membazir atau tidak membazir dalam sesuatu perbelanjaan, tetapi keutamaan yang diambil kira ialah tempat dan di mana ia dibelanjakan.
Oleh demikian, amalan berjimat cermat yang dianjurkan Islam kepada umatnya itu semata-mata untuk mengawal perbelanjaan supaya tidak digunakan pada perkara tidak diizinkan syarak. Jika soal pembaziran tidak ditegah Islam, nescaya pembaziran akan terus berlaku dan langkah ke arah berjimat cermat yang diharapkan itu tidak akan memberikan sebarang erti lagi.
Budaya berbelanja secara berlebih-lebihan semakin mempengaruhi kehidupan masyarakat hari ini. Ia bukan saja berlegar di sekitar kehidupan golongan berpendapatan tinggi, tetapi juga golongan berpendapatan sederhana dan rendah sehingga sanggup berbelanja secara berlebihan di luar kemampuan mereka semata-mata untuk hidup mewah.
Ukuran perbelanjaan dalam Islam ialah kesederhanaan kerana kesederhanaan itulah panduan yang membataskan antara keperluan hakiki, pembaziran dan antara kemurahan hati serta kebakhilan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil (kedekut), dan adalah perbelanjaan (yang sebetulnya) itu di tengah antara yang demikian (membazir dan kedekut)." (Surah al-Furqan, ayat 67)
Sesungguhnya pembaziran itu bukanlah semata-mata dalam soal penggunaan wang dan harta benda saja. Menggunakan masa dan menghabiskan umur kita dalam perkara sia-sia juga dianggap membazir. Begitu juga dalam soal menggunakan bahan dan alat tenaga yang perlu diambil perhatian.
Marilah sama-sama kita merancang dan berazam untuk berjimat cermat semoga Allah memberkati kehidupan kita. Harta kita miliki sebenarnya hak Allah yang dipinjamkan. Kita hanya 'pengurus' yang pastinya akan ditanya dari mana harta peroleh dan ke manakah dibelanjakan harta itu.
Janganlah kita menganggap harta dimiliki itu sebagai milik mutlak dan membelanjakan sesuka hati, apatah lagi membelanjakan harta dalam perkara maksiat serta kemungkaran.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu yang dekat, orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing. Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampaui batas." (Surah al-Israk, ayat 26)
INTI PATI
Amalan berjimat
Islam menganjurkan umatnya supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan. Ia menjadi asas kesejahteraan hidup dan kekukuhan ekonomi negara. Oleh itu, Islam mengharapkan setiap penganutnya supaya berjimat cermat dalam segala bidang kehidupan dan keadaan.
Islam melarang umatnya membazir kerana perbuatan keji daripada amalan syaitan. Sesungguhnya syaitan amat suka kepada orang yang membazir.
Harta kita hak Allah yang dipinjamkan. Kita hanya 'pengurus' yang akan ditanya dari mana harta peroleh dan ke manakah dibelanjakan harta itu.
Friday, 1 April 2011
Saturday, 19 March 2011
Gandakan Wang Anda
Tetapi yang mana perlu diutamakan, Simpan atau labur?
1. Akaun Simpanan (Savings Account)
Ini bukan tempat pelaburan. Tapi anda perlu ada sejumlah wang tunai yangmencukupi di dalamnya untuk kegunaan harian anda..
2. Fixed Deposit
Perbankan Islam melabelkannya sebagai pelaburan mudharabah. Pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Anda simpan RM 10,000 di dalamnya dengan pulangan sekitar 2-4% dan bank pula memberikan pinjaman kepada anda dengan kadar 8% setahun (faedah / keuntungan). Jadinya kes di sini, siapa lebih bijak? Anda atau bank? Tepuk dahi Tanya hati…..
3. Amanah Saham (Unit Amanah/Unit Trust)
Anda menyimpan sebanyak RM 10,000 di dalamnya, dan belum sempat duit anda dilaburkan sesuatu Fund, duit anda akan susut nilai (erti kata lain, lebur dulu sebelum labor) dengan sendirinya kira-kira 5-8% akibat upfront fee. Bukan setakat itu sahaja, malah setiap tahun nilai bersih anda akan susut lagi di antara 0.5-2% untuk management fee. Dan anda pula, mengharap pulangan 8-12% setahun, kalau ada untung. Persoalannya di sini, boleh ke “Trust” of Unit Trust”? Jawapannya ada dalam diri anda sendiri. Pantaulah pelaburan anda itu….ingat!!!. tiada perlaburan yang sempurna di dalam dunia ini.
.
4. Tabung Haji
Anda menyimpan RM 10,000 di dalamnya untuk menunaikan haji! Anggaplah 4-5% pulangan di dalamnya sebagai booster dari Allah swt agar kita segera menjadi tetamu di Baitullah. Sebaik-baiknya, anda tidak perlulah keluarkan duit dalam Tabung Haji ini selagi anda belum menunaikan haji. Jadi, tidaklah kita asyik menyatakan kenyataan yang anda masih belum datang seru.
.
5. KWSP
Kalau anda bekerja di
.
6. Amanah Saham Bumiputera
Untuk Bumiputera sahaja. Sudah sedia maklum ASB tidak ada upfront fee. ASB juga tidak ada management fee. Duit anda tidak susut nilai walaupun 0.001% pun sebelum ia dilaburkan. ASB juga memberi pulangan yang konsisten 8-10% dalam bonus dan dividen. RM 10,000 yang anda simpan, setiap akhir tahun akan dapat RM 800. Tidak mahu menyimpan di dalamnya sebab ada pendapat yang menyatakan ASB haram? Itu pilihan anda.
.
7. Exchange Traded Fund
Amanah saham yang didagangkan di dalam bursa. Tetapi malangnya ia belum ada lagi di
.
8. Saham Bank Rakyat
Pulangan 15% setahun yang konsisten kebelakangan ini. RM 10,000 yanganda simpan, anda dapat RM 1,500 pada hujung tahun dan sudahdizakatkan. Setakat penulisan ini ditulis, anda masih perlu queue untukmenyertainya. Erti kata lain, kalau ada duit pun memang sukar untuk mendapatkannya.
.
9. Koperasi Pemodalan Felda (KPF)
Sejarah pencapaian sejak tahun 2000, pulangan pelaburan berada dalamlingkungan 12% - 16% setahun. Jika ambil kadar pulangan yang minimum 12% setahun ke atas pelaburan anda sebanyak RM 10,000, maka anda akan dapat RM 1,200 pada hujung tahun. Tetapi, malangnya, KPF ini hanya boleh dibeli oleh warga atau mereka-mereka yang ada bersangkut-paut dengan Felda sahaja.
.
10. Saham
.
11. Warrant & Options
Ini macam adik-beradik, nama sahaja yang lain. Warrant adalah saham yang wujud dari syarikat awam berhad. Manakala Options pula, adalah saham yang wujud dari stock exchange. Keadaannya, lebih volatile berbanding saham. Hak untuk membeli saham Stock options belum ada di11. Warrant & Options
.
12. Futures & Commodity
Pasaran hadapan. Indeks saham ada. Kelapa sawit mentah pun ada. Itusahaja yang ada di
.
13. Forex
Perdagangan matawang asing. Hati-hati, terlalu banyak scam forex masa ini. Pilih broker yang betul. Kalau tiada ilmu pelaburan tertentu, jangan memandai-mandai nak mencuba, jadi lupakanlah dahulu,dan pergi melabur dalam bidang ilmunya dahulu.... kalau tidak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
.
14. Bon
Kalau baru ada duit berjumlah RM 999,999 lupakanlah sahaja nak melabur dalam pasaran bon. Di Malaysia, hanya pelabur institusi yang menguasainya dan individu tertentu yang ada net worth yang sangat tinggi.
.
15. Hartanah
15. Hartanah
.
16. Real Estate Investment Trust (REIT)
Ini lebih kurang sama macam beli amanah saham juga. Tetapi, bezanya di sini syarikat REIT ini terlibat dalam sektor hartanah. Ia bukan pool of money untuk beli saham, tetapi lebih focus kepada hartanah. Ia dijual beli melalui
.
Cadangan dari BUW...
.
Melainkan pilihan yang pertama, anda seharusnya belajar dulu tentang ilmupelaburan tertentu. Kalau tidak anda akan disembelih oleh mereka yangmahukan wang anda. INVEST IN YOURSELF FIRST!!!
.
Impian di hati mahu jadi jutawan, tetapi kalau RM 10 pun anda tidak sanggup nak dilaburkan untuk pendidikan ilmu kewangan, anda sebenarnya berangan-angan Mat Jenin sahajalah. Angan-angan kosong….Itu mentaliti mahu kaya cepat yang mesti dikikis segera. (Ingat!!! Easy Come Easy Go)
.
Ini adalah sebahagian besar peluang pelaburan yang saya tahu, dan pastikan anda melabur di dalam pelaburan yang sah dan jangan sesekali terlibat dalam skim cepat kaya yang kini semakin canggih dan berleluasa di internet.
Tips Kewangan
Bijak wang dan bijak berbelanja
Menggunakan template BijakBudget untuk mengawal aliran keluar masuk kewangan dan perbelanjaan secara berterusan. Cara ini dapat mengelakan dari kesilapan dalam imbangan pendapatan dan perbelanjaan. Oleh itu anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.
Rancang dengan teliti.
Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti Ais berharga RM2,000.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM200.00 hingga cukup jumlah RM2000.00 baru beli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan + jumlah interest, disini anda akan rugi banyak wang. Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda setiap bulan.

Tips penggunaan kredit kad
Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kredit Kad sahaja. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad sebenarnya anda telah buat silap. Oleh itu tutup dua lagi Kredit Kad tersebut sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, sebab interest bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika anda bayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar jumlah interestnya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar.
Cara yang selamat menggunakan kredit kad ialah dengan menggunakan satu kredit kad sahaja, bila digunakan anda perlu cepat-cepat bayar semula. Jika nilai kredit RM5000 Pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja 4000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan.
Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah.

Elakkan dari berhutang.
Gunakan template BijakBudget untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada sedikit demi sedikit sehingga langsai semuanya.
Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah anda merasa lapang.
Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran + Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00 lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5000.00

Wednesday, 16 March 2011
7 Kesilapan Lazim Dalam Mengurus Wang
JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.
Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”.
Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan’ akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.
Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.

Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.
Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.
Lewat Menabung Untuk Hari TuaUntuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.
Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.

Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
Terlampau Memikirkan Pasal WangDalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.
Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.
WANG
- Terlalu ramai di kalangan masyarakat kita hari ini terpaksa bergelut dengan masalah kewangan setiap hari.
- Mereka telah berusaha dan berkerja keras untuk menambah wang mereka tetapi dalam masa yang sama masalah kewangan masih tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya
- Tetapi tahukah tuan/puan, kenapa perkara sebegini boleh terjadi?
- Salah satu daripada puncanya adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi.
- Ini kerana kita tidak pernah diajar cara bagaimana untuk menguruskan wang kita dengan kaedah dan cara yang betul.
- Hampir tiada langsung subjek berkaitan kewangan peribadi yang dimasukkan di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.
- Mereka juga tidak tahu dan sering tersilap membuat keputusan sebaik berdepan dengan soal kewangan yang kebiasaannya memberi lebih banyak keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.
- Pendek kata mereka lebih banyak membantu orang lain menjadi kaya daripada membantu diri sendiri. Mereka fikir ianya baik untuk diri mereka walhal perkara sebaliknya berlaku.
- Apa yang paling membimbangkan adalah apabila hampir keseluruhan masyarakat kita hari ini tidak pernah ambil tahu tentang cara sebenar untuk menguruskan wang mereka!
- Kebanyakan daripada mereka apabila berhadapan dengan masalah kekurangan wang mengambil jalan penyelesaian mudah dengan mendapatkan pinjaman bagi menampung keperluan dan kemahuan hidup mereka.
- Mereka meminjam untuk menampung keperluan dan kemahuan hidup mereka sedangkan pada masa yang sama mereka terpaksa membayar hutang-piutang yang terdahulu.
- Kemudian dalam masa yang sama mereka terpaksa membuat pinjaman dan hutang akan bertambah secara berterusan sepanjang hayat mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)